Monday, October 13, 2008

REFLEKSI

REFLEKSI 2

Power Point (Slide Show)

Setelah di dedahkan dengan cara membuat e-mail dan yahoo group, kami berpeluang belajar cara-cara membuat slide show melalui Microsoft Power Point. Slide show juga merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah nanti. Melalui kaedah ini juga dapat menarik perhatian pelajar supaya lebih memberi tumpuan terhadap sesuatu matapelajaran. Cara-cara untuk menyediakan slide show ialah:

v Di dalam Microsoft Power Point 2007, Klik View di tool bar
v Seterusnya pilih Slide Master
v Setelah dipaparkan, klik insert kemudian pilih gambar yang sesuai untuk diletakkan di slide master.
v Kemudian klik Close Master View di bahagian tool bar
v Pergi ke power point, isikan tajuk dan nama
v Klik new slide dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
Contohnya: Siapkan keseluruhan power point dengan pendahuluan, isi dan penutup. Pastikan selepas slide penutup sediakan slide isi yang lain untuk di hyperlink kan nanti.
v Setelah selesai, pergi ke Slide Show di tool bar, pilih Set up Slide Show.
v Dalam show slide, selaraskan dari slide 1 hingga slide penutup sahaja, biarkan slide selepas penutup ianya untuk hyperlink nanti.
v Highlight perkataan yang hendak di hyperlink itu di dalam slide.
v Kemudian klik insert, hyperlink, place in this Document, pilih slide yang hendak di hyperlink dan klik Ok.




REFLEKSI 3

Membuat Browser

Browser kebiasaanya digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui risalah-risalah dalam bentuk yang menarik, ringkas dan mudah difahami. Antara langkah-langkah untuk membuat brosur ialah:

v Pergi ke Microsoft Word 2007
v Pilih Page Layout di tool bar, klik orientation dan pilih landscape
v Kemudian pilih margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan normal.
v Seterusnya klik Columns, pilih three
v Akhir sekali penuhkan ruangan brosur dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.

Membuat Book Fold

Book fold kebiasaannya digunakan untuk membuat buku program di dalam sesuatu program, seminar atau majlis-majlis tertentu. Buku program ini banyak membantu kita mengetahui keseluruhan majlis atau seminar tertentu kerana di dalamnya terdapat tentatif program, objektif dan sebagainya. Antara cara-cara untuk menyediakan book fold ialah:

v Pergi ke Microsoft Word 2007
v Di tool bar, pilih Page Layout, klik orientation dan pilih landscape
v Kemudian dalam margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan dipilih book fold dan klik Ok.
v Seterusnya penuhkan ruangan book fold dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.


REFLEKSI 4

Membuat Excel

Excel digunakan untuk menyimpan data-data, contohnya seperti nama, ic, markah peperiksaan, maklumat diri, keluarga dan banyak lagi. Kesemua data yang disimpan di dalam excel akan tersusun secara automatic mengikut format yang ditetapkan. Ini akan memudahkan lagi sesuatu pengenalpastian maklumat samada maklumat pelajar.
Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

v Di dalam Microsoft Excel 2007, penuhkan maklumat atau data-data yang diperlukan. Contohnya markah peperiksaan pelajar di sesebuah sekolah.
v Masukkan nama kelas dan maklumat yang berkaitan, tekan Formulas di tool bar, pilih Define Name dan taipkan MARKAH dalam kotak New name. Selepas itu letakkan susunan jumlah markah untuk membuat pengenalpastian data seperti 0-101 iaitu selepas jumlah ke 100 maka markahnya adalah salah,
v Setelah maklumat seperti nama, ic, persatuan, kelab dan markah peperiksaan selesai, kosongkan ruangan gred, jumlah dan purata.

Penetapan Gred Markah Pelajar:
v Klik formulas dan insert function
v Select a function : VLOOKUP dan isi maklumat yang diperlukan dalam function argument iaitu Lookup Value : highlightkan markah pelajar, Table Array : taipkan MARKAH, Col Index : taipkan 2, dan Range Lookup : taipkan TRUE, seterusnya OK.

Jumlah Keseluruhan Markah:
v Highlightkan markah pelajar dari semua subjek.
v Klik Auto Sum dalam formulas.


Pengiraan Bilangan Jumlah Pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E:
v Insert Function, select a function : COUNTIF, masukkan data di dalam function argument iaitu Range : highlightkan gred keseluruhan pelajar mengikut subjek, Criteria : “A”, seterusnya klik Ok.

Pengiraan Purata Keseluruhan Markah Pelajar berdasarkan subjek:
v Insert Function, Select Function : AVERAGE, highlightkan semua markah pelajar dari atas hingga ke bawah, klik Ok.

Membuat gambarajah, carta atau graf purata markah keseluruhan pelajar:
v Klik function Insert, higlightkan kesemua purata yang ingin dimasukkan.
v Pilih salah satu gambarajah yang di kehendaki, contohnya carta pie, purata yang telah di highlightkan akan dipaparkan dalam bentuk carta pie.
v Masukkan data yang dikehendaki seperti Format Legend, Add Data Label dan sebagainya.

REFLEKSI 5

Cara Upload Files di dalam Yahoo Group

v Buka Yahoo Group
v Klik FILES, jika belum ada folder untuk bahan yang hendak di upload, hendaklah membuat folder terlebih dahulu dengan CREATE FOLDER kemudian namakan folder tersebut. Contohnya :
ü Double Klik folder tersebut
ü Ambil ADD FILES
ü Klik BROWSER – pilih files yang hendak di upload, kemudian OPEN.Klik UPLOAD FILES dan tunggu hingga files tersebut selesai upload.

1 comment:

sue86 said...

salam...
dah jangan lupe komen ore deh